VIDEO Gitar Era Baru Tanpa Badan

Kamis, 19 Desember 2013 0 komentar


“GORENG” gitar era baru. Syarikat gitar yang dikenali sebagai Gittler baru-baru ini telah melancarkan kempen dana bagi proses pengeluaran gitar yang diperbuat daripada titanium.

Gitar moden yang diberi nama Kickstarter ini sedang dipamerkan di Museum of Modern Art, New York. Direka berdasarkan rekaan asal Alan Gittler pada tahun 1978, gitar ini masih mempunyai bentuk asas yang sama. Namun, beberapa bahagian pada alat ini telah ‘dibuang’ termasuk badan dan kepala gitar (kepala gitar akrilik masih boleh dipasang jika perlu).

Buat masa ini, peminat gitar yang telah membuat pembayaran awal sebanyak AS$2,000 pada Kickstarter telah menerima salah satu daripada 250 ‘model klasik’ Gittler sebelum menambah AS$1,995 yang selebihnya bagi mendapatkan instrumen moden tersebut.

Kickstarter tidak mempunyai kawalan bunyi walaupun pereka gitar mampu meletakkan knob kawalan untuk bass dan treble. Jumlah matlamat pengumpulan dana yang diperlukan buat masa ini adalah sebanyak AS$80,000.


0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 design web blog