Rozita Che Wan Zain Saidin Masih Belum Tetapkan Tarikh Perkahwinan

Sabtu, 21 Desember 2013 0 komentar

Tahun 2013 sudah hampir masuk bulan Jun. Tahun ini merupakan tahun istimewa buat Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Awal tahun ini, mereka berdua telah membuat pengumuman bahawa akan berkahwin di dalam tahun ini jugak.

zain dan rozita

Ura-ura kuat menyatakan mereka bakal berkahwin pada bulan Disember 2013. Namun menerusi info terbaru yang dimaklumkan oleh pengurus Rozita Che Wan, mereka berdua masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk hari bersejarah tersebut. Kata pengurus Rozita:-
Hal ini bermula apabila ada pihak yang mengusik menanyakan mengenai tarikh dan persiapan untuk perkahwinan Che Ta dan Zain. Namun kenyataan Che Ta tersebut tidak diiyakan atau dinafikan oleh Che Ta sendiri. Sehingga tarikh 23 Mei dan tepat jam 2.30 petang ini, sebarang keputusan belum diambil oleh Che Ta sendiri
rozita


Malah menurut pengurus Che Ta, sebarang persediaan juga belum dimulakan. Nampaknya bakal pengantin kita ini memang sangat sibuk. Semoga suatu hari nanti akan dapat meluangkan masa untuk merancang hari bersejarah anda berdua. Pastikan gilang gemilang kerana ramai orang ternanti-nanti hari tersebut.

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 design web blog