Aidil Zafuan Halang Rita Rudaini Berlakon Dengan Aaron Aziz

Kamis, 19 Desember 2013 0 komentar


Agak menarik mendengar cerita daripada Rita Rudaini menerusi portal Murai baru-baru ini. Walaupun tidak menyebut nama, Rita memaklumkan yang suaminya, Aidil Zafuan tidak memberi izin dirinya berlakon dengan seorang pelakon Singapura. Mungkinkah pelakon Singapura tersebut ialah Aaron Aziz?
Sekarang ini drama Sehangat Asmara lakonan Rita dan seorang pelakon Singapura iaitu Adi Putra sedang hangat ditayangkan. Selain daripada Adi Putra, hanya Aaron Aziz merupakan pelakon Singapura yang popular dan ada kemungkinan untuk digandingkan bersama.
“Aidil memang tidak beri izin saya berlakon dengan aktor tersebut. Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Jadi, saya pun ikut saja permintaannya dengan menolak tawaran itu. “Sebenarnya, saya jikalau berlakon dengan mana-mana pelakon, saya akan cepat mesra. Kami satu kumpulan produksi dah macam satu famili. “Mungkin Aidil dari bidang lain dan dia tidak faham. Apapun, saya tetap terima keputusannya kerana saya isterinya,” -Rita
Mungkin juga Aidil rasa tercabar dengan kehenseman Aaron Aziz. Apa pun, kami respek dengan Rita Rudaini kerana menurut perintah suaminya tanpa banyak soal. Semoga suatu hari nanti, hati Aidil akan terbuka untuk membenarkan Rita berlakon dengan Aaron Aziz. Pasti satu gabungan yang mantap dan akan meletup tak ingat punya.
sumber

0 komentar:

Posting Komentar

 

©Copyright 2011 design web blog